CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Lovely Followers

Saturday, December 4, 2010

:♥: Senggugut @ Period Pain :♥:



SENGGUGUT bukan sekadar kekejangan teruk ketika haid, tetapi ia turut menjadi petanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ini menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan endometriosis. Endometriosis adalah penyakit yang berlaku apabila tisu endometrium, iaitu tisu pengalas dinding rahim (yang sepatutnya tanggal ketika haid) tumbuh di luar rahim sama ada di ovari, tiub Fallopian, ligamen yang menopang rahim atau di mana saja dalam rongga pelvik.

Tisu endometrium juga boleh berkumpul di hampir semua lokasi dalam badan, antaranya pundi kencing, usus, faraj, apendiks, rektum (dubur), parut pembedahan Caeserean (pembedahan ketika bersalin) termasuk tempat terpencil seperti otak, saraf siatik, paru-paru dan kulit.

Apabila ada di luar rahim, tisu endometrium menjadi pertumbuhan menyakitkan. Ia akan berubah bersama perubahan hormon ketika pusingan haid. Ketika haid, tisu ini juga akan pecah dan berdarah.

Bezanya, lapisan endometrium dalam rahim akan tanggal dan dikeluarkan bersama cecair uterin (sebagai darah haid) tetapi pendarahan daripada endometriosis tidak mempunyai jalan keluar. Pengumpulannya menyebabkan tisu di kawasan ia melekat menjadi radang dan berparut.

Sebagai tindak balas terhadap keadaan tidak normal ini, badan menghasilkan tisu parut untuk melingkungi tempat berkenaan. Keadaan ini menyebabkan wanita mengalami kesakitan dan tekanan pada pelvik atau senggugut setiap kali haid. Mereka juga akan berasa sakit ketika mengadakan hubungan seks.

Punca endometriosis masih tidak diketahui dengan tepat, tetapi saintis percaya ia disebabkan aliran haid retrograd atau menyongsang; iaitu darah haid mengalir masuk ke dalam tiub Fallopian. Sel endometrium dalam darah haid akan melekat di tempat tertentu dan mula mendatangkan masalah.

Dianggarkan 10 hingga 20 peratus wanita mengalami gejala endometriosis sewaktu dalam peringkat subur. Walaupun ia biasanya berlaku di kalangan wanita berumur antara 25 hingga 40 tahun, endometriosis boleh dialami wanita bermula dari kali pertama mendapat haid hinggalah menopaus, tidak kira sama ada mempunyai anak atau tidak.

Semua gejala endometriosis mungkin kekal, berkurang walaupun tanpa dirawat atau meningkat dengan tiba-tiba. Namun biasanya gejala ini berkurang ketika mengandung atau selepas menopaus.

Bagaimanapun, ada wanita mempunyai endometriosis tanpa mengalami gejala. Malah, tahap kesakitan dialami juga tidak boleh dijadikan pengukur saiz endometriosis kerana ada wanita berasa sangat sakit walaupun endometriosisnya kecil dan sebaliknya.

Senggugut tidak harus dianggap perkara biasa, sebaliknya perlu diberi perhatian serius, terutama jika anda mengalaminya sejak mula mendapat haid. Masalah ini boleh berlaku pada bila-bila masa dan wanita boleh mengesan perubahan haid mereka pada usia lewat 20-an dan 30-an.

Selain masalah kesihatan, endometriosis boleh mempengaruhi kesuburan seseorang. Ini kerana kehadiran pertumbuhan endometriosis dalam tiub Fallopian misalnya boleh menghalang laluan telur dari ovari ke uterus untuk bersenyawa dengan sperma. Keadaan ini menyebabkan seseorang wanita sukar mengandung.

Kehadiran endometriosis menyumbang 10 peratus kepada masalah kemandulan dan dianggarkan 30 hingga 40 peratus wanita yang mempunyai endometriosis mengalami kesukaran untuk hamil.

Bahkan tisu parut yang terbentuk sebagai tindak balas terhadap kerengsaan daripada endometriosis akan kekal dan mungkin boleh menyebabkan kesakitan, walaupun selepas wanita putus haid.

Rawatan

Rawatan bukan saja bertujuan meringankan kesakitan dan gejala endometriosis, tetapi lebih penting ialah menyekat penyakit ini daripada merebak dan memulihkan kesuburan pesakit kerana kemampuan untuk mengandung dapat dipertingkatkan jika endometriosis dirawat.

Selain itu, rawatan awal membolehkan seseorang wanita mengekalkan fungsi organ pembiakan kerana pada peringkat yang teruk, doktor mungkin terpaksa menjalankan pembedahan pembuangan uterus dan ovari. Ini bermakna seseorang wanita akan putus haid cepat dan tidak berpeluang mengandung lagi.

Endometriosis boleh dirawat dengan menyekat tahap hormon estrogen dan progesteron yang merangsang pertumbuhan sel endometrium. Secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada dua iaitu pengambilan ubat atau pembedahan.

Ubat

# Pil pencegah kehamilan

Biasanya endometriosis dirawat dengan pil pencegah kehamilan. Pil ini akan menghentikan pengeluaran telur dan kitaran haid pesakit buat sementara waktu. Ia dapat mencegah endometriosis daripada merebak dan mengurangkan kesakitan. Bagaimanapun, kaedah ini hanya sesuai jika endometriosis masih kecil.


# Hormon estrogen

Pemberian hormon ini, sama ada dalam bentuk pil atau suntikan pada dos tinggi, boleh mengganggu fungsi ovari dan mengurangkan rangsangan terhadap pertumbuhan endometrium. Bagaimanapun, ia juga hanya sesuai jika saiz endometriosis kecil.


# Derivatif hormon lelaki (testosteron)

Diambil secara oral boleh menghalang badan menghasilkan hormon estrogen dan menghentikan pertumbuhan sel endometrium.

Pembedahan

# Pembedahan konservatif

Bagi mengekalkan kemampuan wan++ita untuk mengandung. Biasanya dilakukan kepada wanita muda dan masih mahu mempunyai anak. Pembedahan ini akan membuang lapisan endometriosis atau ia dimusnahkan dengan laser.


# Pembedahan bukan konservatif

Hanya dilakukan jika semua cara di atas tidak berkesan. Ia termasuk sama ada membuang ovari saja, ovari dan uterus atau ovari dan tiub Fallopian. Dalam kaedah ini wanita tidak akan berpeluang untuk mengandung lagi.

Justeru, masalah endometriosis perlu ditangani di peringkat awal. Jika anda mengalami masalah senggugut yang teruk, segera jalani pemeriksaan. Untuk maklumat lanjut mengenai endometriosis, sila layari laman web www.ogsm.org.my


Gejala

Gejala paling umum ialah:
# Kesakitan pelvik yang teruk ketika kitaran haid (sama ada sebelum, semasa atau selepas haid). Ada kala kesakitan menjadi lebih teruk pada penghujung haid.
# Sakit ketika mengadakan hubungan seks.
# Sakit dalam usus ketika haid.
# Sakit ketika buang air kecil.
# Abdomen (perut) kembung ketika haid.
# Pendarahan yang banyak atau tidak menentu.
# Kelesuan (akibat pendarahan terlalu banyak).
# Cirit-birit atau sembelit.

Petua


************************************



Friday, December 3, 2010

:♥: Panadol A.K.A Paracetamol :♥:

UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya...

"Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol... Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis "painkiller", semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda.

Sesungguhnya segala penyakit Allah lah yang Maha Berkuasa berhak menyembuhkannya... Bi Iznillah...




*******************************************************

Thursday, December 2, 2010

:♥: Ronda-r0nda Kuala Lumpur :♥:

25 N0vember 2010
Lawatan sambil belanja ke Kuala Lumpur..
*******************************************************************
Tujuan r0mb0ngan kami ke kl adalah untuk menghilangkan stress a.k.a tekanan lepas menghadapi 4 paper maj0r utk AT 20..
Rombongan kami adalah seramai 7 orang iaitu saye (farhana shahirah), farahin, phil0mena, farihah, iela, yatie n zura...
jam 8 kami dh bkumpul d gate KZ untuk menuju ke KTM TM... pastu kami naik keta sapu paktam utk sampai ke KTM..
sampai je KTM TM, kami pn naik k0muter jam 8.55 am.. dalam jam 10.30 a.m kami sampai ke MidValley..
sampai MidValley kami bli tiket wayang.. tgk cite Ngangkunggg jam 11.45 a.m... lucu gilerr.. sampai pecah panggung disebabkan gelak tawa pen0nt0n.. hahahhahahhaa...
sebelum tgk wayang tu, kami mkn2 dlu d f00d c0urt tgkat atas MidValley.. saye mkn lasagna.. sedap jgk la.. tp x la sesedap secret recipe.. nyum3.. harga ctu n b0le tahan laaa... kering gak purse.. hahahhaha
bila habis teng0k wayang, kami pun pusing2 MidValley sampai terjumpa geng r0mb0ngan AT20 yg lain... d0rg lagi byk.. ada 20 org... hihihi.. semua budak AT20 kuar lepaskan tensionn.. hua3..
Lepas penat mer0nda kt MidValley kami pun g klcc.. plan awal nk g petr0sains.. tp dh tutup daa smpai jam 4 je.. kami sampai sana jam 4.20.. frust jgk laa... lama dh x g sana.. last aritu waktu f0rm 3, 2005..
Di klcc, kami r0nda2 d luar yg bdekatan k0lam tu.. try gak ambik gmbar nmpak 2 menara bkembar tu.. hahahha... kat sana pun jmpa budak2 AT20 yg lain...
Balik dr KLCC kami g Sog0 n jln TAR.. masa tu dh mgrib da.. s0, mkn2 kat area tu je laa sblm blk... kat sana juz cuci mata je la... dh keringgg... hahahahaa
Akhernyaa kami sampai kt k0lej jam 10.30 pm.. penatt gilerrr... tp enj0y dpt spend time ngan kengkawann utk sem 1 2010/2011... L0ve u all my frenn... ;))
Ni haa gmbar2 yg sempat kami ambik semasa r0mb0ngan tu.. hehehee... enj0y yaa..!































Monday, November 22, 2010

:♥: Final Exam f0r Sem 1 2010/2011 :♥:

gudluck t0 all my fren especially AT20's students ISMP IT UPSI....
chaiy0k2 4 finalll...
sm0ga mendapat keputusan yang cemerlang... aminn....




Monday, November 15, 2010

:♥: Menjadi Tunangan Orang Tanpa Disedari :♥:


Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:

"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"

"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:

"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"

Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.


*************************************************************


Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

Haaa, adakah anda ternganga bila tiba2 tau anda sudah menjadi tunangan orang tanpa sedar??


dipetik daripada : http://faina989.blogspot.com/2010/08/kita-mungkin-telah-bertunang-tanpa.html

Friday, November 12, 2010

:♥: M.Y.S.I.S.V.E.R.S.I.O.N.1 :♥:

alhamdulillahhh... gumbira3.. tak terkataaa..
ahernyaaaa... berkat kesabaranku bjaya jugak boloss dinding MYSIS yg "degil" tu..
x rugi aq x tdo mlm ni...
ngadap lappy dah 3 malam daa..
dapat jgk aq register subjek utk sem 2..
syukurr Ya ALLAH....
tggu bkn main lamaa..
sampai lagu maher zain yg d"play" ntah brapa kali ulang da..
ciann dia nyanyikan utk aq..
thankz gak utk EN CHIRO yg temankan aq..
mengiaw je diaa spagi2.. hahahah..
ni dia proses pdftaran yg d tggu bagaikan nk rakk...!
nahh kauu! ada 6 kali lagi kite jmpa ekk! saba je la mysiss...






ni ha jadual utk sem 2.. hanya bola baling je lagi... yahuuuu....









Thursday, November 11, 2010

:♥: M.Y.S.I.S :♥:

my sis punyee pasalll laaa...
tdo x lenaa... mandi x basahh... makan x kenyanggg...
ape punye sistem laaa...
wat budak2 marah, tension, sewel, bengong, n sume2laaaaaa...
aq pn tensionn gileerr...
tdo pn dgn lappy....
bkn main lg dgn penuh kesabaran tgguu...
ada one time tu dh dpt loginn...
bkn main gumbire lagi..
sampai sengeh2 sorg dpn lappyy...
ibu pn tanye "pahal snyum sorg2 dpn laptopp??"
hahahhahaha.. soootttt....
nden bila dh dpt klik subjek, tepuk tgn lak tu...
hahahha.. merenggg betul la sbb mysis ni...
ndenn...
bila nk tggu loading group tu...
hu3...
mcm2 aksi buat tggu yg bulat2 tu loadinggg...
akhernyaaaaa kuar laaaa...
"APACHE TOMCAT"...........!!!!!!
waaaaa.... aq screammmiinnggggggggggggggggggggggggggggggg!!!!!!!
b0sannn gilerrr tgguu ni....
skrg da 2 hari 2 mlm da tggguu nk mas0kkkkkkk mysisss......
tp tarakkk! hampehh..
geram lakk aq...
rasa nk kuarrrr jakkk...
asal tgk lappy tennsii00nn sii00ttt...
hu3..
apa nk jadii??
nk studiii kee??
hati x tenanggg laaa...
mysisss...
cpt laaaa baikk...
kami tggu ni....
mcmneee lerr nk reg klu x baikkk...
t0l0ngllaaa...
demi masa dpn kamiii...
kami ni budak2 sem 1 lagi...
jgn la ko kurangkan / lemahkan semangatt kami...
trutama bila tfikir akan hadapi ni 6 kali lagii..
uwawawawaaw.....
MYSIS.. jgn meragam ekk..
kami setiaaa tggu...
i lappp u MYSIS....
kami tggu k...
cpt aaa...
muahhhhhhhhhhh!

nukilan rasa,
budak AT20 yg sedih x dpt2 register....