CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Lovely Followers

Sunday, December 30, 2012

:♥: Wedding Checklist 1 :♥:

Assalamualaikum semuaaa....!
Hari ni 30.12.2012... agak2 dalam 8, 9 bulan dari tarikh bulan ni insyaAllah.. aku akan bertukar status tapi not comfirm yet..

masih dalam peringkat perbincangan dengan family.. kita hanya merancang, Allah yg menentukan.. InsyaAllah...


AKU???satu apapun tak start lagi..sibuk menggoogle sana sini...tengok apa yang patut..copy apa yang patut apa lagi...aku came out la dengan checklist ni

saja post kat sini.. ni pun copy dr blog org.. wakakakaa...!

so, this checklist will be update once aku ada progress...banyak kot..!!! semuanya masih merah..takotttt.!


1. tarikh : DONE
nikah : insyaAllah raya 2013 (pagi)
bersanding : insyaAllah raya 2013 (selepas akad nikah)

2. theme & concept : PENDING
nikah :
sanding :

3. dokumen wajib ada : PENDING
- sijil kursus kawen :soon!
- HIV test :
- borang kebenaran nikah :
- sijil nikah our parent :
- surat akuan bujang for both :

4. LOKASI : PENDING
nikah : nk buat kt rmh sendiri @ sukmaville agak2 blh x??
bersanding : dlm fikiran ni nk wat skali majlis utk dua2 pihak.. nk jimattt kosss... 

5. CATERING & CANOPY : PENDING
nikah :
bersanding :
-meja pengantin :
-makanan pengantin :
-canopy tetamu :
-catering :

6. pelamin nikah : PENDING (diskusi kembali)
nikah :
bersanding :

7. photographer : PENDING
nikah :
bersanding :

8. wedding outfits : PENDING
nikah :
- dress :
- tudung :
- veil :
- shoe :
- accessories :
- bunga tangan :

bersanding :
- dress :
- tudung :
- veil :
- shoe :
- accessories :
- bunga tangan :

8. make-up pengantin : PENDING
nikah :
resepsi :
bertandang :

9. doorgift/goodies : PENDING
nikah :
-isi dalam :

bersanding :
- vip :
- tetamu gift :

10. hantaran : PENDING
bilangan dulang :
hiasan dulang :
dulang :

biasa utk ppuan :
- tepak sireh
- barang kemas bling bling/mas kawen
- kek
- jam tangan
- purse/handbag
- perfume wangi
- telekung

biasa utk llaki :
- sireh junjung
- baju kemeja + seluar
- kasut
- Al-Quran/tasbih/rehal/sejadah
- jam tangan
- wallet / belt
- perfume wangi
- kek
- helmet

11. cincin/barang kemas : PENDING
lelaki :
perempuan :
langkah bendul :

12. kad kawen : PENDING
nikah & kawen :
design :
printing :

13. cake : PENDING
bersanding :

14. : tok kadi/pembaca doa : PENDING
nikah :
bersanding :

15. guest list : PENDING
nikah :
bersanding :

16. DJ/Kompang original : PENDING
DJ :
Kompang :
PA system :
CD lagu kawen + romantika :

17. family attire : PENDING
nikah :
bersanding :

18. bilik pengantin : PENDING
katil :
cadar :
langsir :
hiasan :

19. signage : PENDING
location :
design :
printing :
welcome sign :
banner :

20. facial/SPA/berinai : haruslah PENDING

21. honeymoon : ni lagi la PENDING..bizi
date :
location :
ticket :



gerunnyaaaaaa aku tengok list ni!!
p/s : enchek tunang syg.. jgn gelakkn cik tunang awk ni k.. sbb awal2 dh mengoogle segala2nya.. nk prepare awal2..



Thursday, December 27, 2012

:♥: Kahwin Awal :♥:



Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.
1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?
Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya,kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan?
Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka.
Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?
2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?
Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study, dan juga meminjam PTPTN atau dapat biasiswa.
Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin RM50 atau RM100 sebulan?
Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup.
Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu.
Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah.
Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.
Firman Allah: “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” – (An-Nur:32)
3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Sebelum itu, saya mahu tanya. Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang.
Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri.
Dan tidak perlu sanding-sanding semua tu kerana hukumnya haram jika bersanding depan bukan mahram. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia.
Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.
Sabda Rasulullah s.a.w“Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya.” – (H.R. Thabrani)
4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la.
Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus.
Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram?
Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi.” – (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)
5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar?
Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya.
Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin.
“Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya..”
6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal.
Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas.
Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya.
Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.
Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: “Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka.” – (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)
Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.


:♥: Prior Engagement a.k.a Merisik a.k.a Bertekol :♥:


Assalamualaikum.. I have to backdated the posting blog.. sape suruh lupa password blog ni lagi.. Wakakaka.. But, i've to posting this entry juz to share with all of you one of my most important moment in my life.. So this is it....!

On 2nd September 2012, the precious moment in my life.. whereby aku telah "diikat" atau erti kata lain "direserve" atau "dicop" oleh bakal suamiku.. Heheh.. Istilah org sarawak ialah "bertekol".. Same goes the meaning as engagement.. xde la berbeza sangat.. cuma tiada balasan hantaran, yg penting nya cincin "bertekol", wang "buka mulut" dan buah tangan..

So, i'd leave the photos below explained everything..


This is the moment where my soon-to-be-mother-in-law put the ring on my finger




With my soon-to-be-mother-in-law

This is my ibu.. Love u!

the part of my famili..

with my love (right) n my lalink (left)

i will always love u forever n ever syg..

i wish u're mine until the end..

my ring...! 

my ibu n ayah..

we've planed to get married after i finish my degree or after my praktikum which is the end of year 2013.. (kejeron mok nikah).. ! hahahaa.. so, doakan jodoh kami k.. mmuuahhhhh!!!




Friday, April 20, 2012

:♥: Aku x sempurna! :♥:

Aku mmg x sempurna.. Mmg byk kekurangan.. Tapi aku tetap berusaha untuk menyempurnakan diri ni utkmu..   Aku sedar diriku TERAMAT TAK SEMPURNA...! Maafkan diriku jika byk tindakan yang penah aku lakukan itu terlalu berlebih2an sehingga membuat dirimu tak selesa.. Aku x berniat utk menyusahkan.. Malah sebenarnya utk memberi yang terbaik utk dirimu sayang... Mayb mmg benar aku ini amat membosankan.. Tidak pandai untuk mengambil hatinya, tidak menarik pada pandangan matamu, tidak sempurna secara fizikal seperti mereka2 yang terlalu sempurna di luar.. Aku sedar... Mmg aku sedar akan hakikat itu.. Semoga dirimu menerima sepenuhnya diriku yang tak sempurna ini...  Dan semoga hubungan kita kekal ke akhirnya...

Saturday, March 17, 2012

:♥: Menangiskah aku??? :♥:

Menangiss??? Ada apa pada perkataan menangis?? Menangis mengeluarkan air mata?? Kadangkala org menangis sebab nk legakan perasaan.. Ada jgk yg menangis sbb 'congek'.. Yess... Saya mmg congek.. Tp sejujurnya saya berjaya menahan diri dari menangis keluarkan air mata.. Saya x suka org tgk saya menangis.. Saya akan berusaha tak akan menangis air mata dan hanya mampu menangis dalam hati.... Itu yang saya mampu setakat ini... Kerana aku cinta sayang kamu...

p/s : Ya Allah, kuatkan lah hati kami menempuhi dugaanMu dan kurniakan kebahagiaan kepada kami serta berkati kami..I love him so much... huhuhuhu...

Friday, March 16, 2012

:♥: Semester 4 :♥:

Assalamualaikum.. sedar x sedar.. dah masuk sem 4 dah.. dah setengah perjalanan.. 4 sem gk yg perlu d hadapi sebelum konvo.. InsyaAllah.. Lepas konvo, mudah2an la dpt posting terus.. X perlu tggu lamak2.. x saba mok asa duit hasil titik peluh dikpun.. Dah sem 4, maka dah makin jauh n sukar la kehidupan.. Umo pn dah btambah... Dah tua kaa?? Ish2.. Sedia dah kah utk jd tunangan org seterusnya menjadi isteri org...?? Yiiihhuu.. Tang tuwija jak bunyi... Tp dalam hati mmg semua org la ada keinginan gya.. Sapa x mok bahagia nk... Saya pun begitu...! Daaa.. Byeee...

p/s : syg abg buchuk2....

Tuesday, January 17, 2012

:♥: Sadness :♥:

Sekarang aku sendiri.. menyendiri bersama kesedihan2ku.. Ya Allah, besarnya dugaan yang perlu aku tempuhi.. Kuatkanlah hati dan semangatku.. Mereka adalah kehidupanku.. Kuatkanlah mereka untuk hadapi segala dugaannya.. Ya Allah.. sedihnyaaa.. hati sapa x sedih bila nangga org yang nya syg.. dolok sihat walafiat.. sekelip mata jak secara fizikal berubah.. sedih glk2 ati seorang anak bila nangga orgtua nya gya.. bkn sorg, tapi duak2.. kuatkan lah hatiku ya Allah... aku masih memerlukan mereka ya Allah...