
 Assalamualaikum..
 Saya ada satu maklumat yang ingin dikongsikan dengan korang  semua mengenai Skim Latihan Tenaga Pengajar Teknikal (SLTP) peringkat  Ijazah Sarjana Muda ke dalam atau luar negara tahun 2011..
 Kementerian Pengajian Tinggi dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian SEPENUH MASAdi peringkat Ijazah Sarjana Muda untuk penajaan di bawah program Biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar (SLTP),KPT.
 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
 A) PENAJAAN BIASISWA SLTP DALAM NEGARA
     - Tawaran hanya sah kepada Warganegara Malaysia sahaja ;
    |  
   - Telah mendapat tawaran untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda di mana-mana Institusi   Pengajian Tinggi  Awam (IPTA), Universiti Teknologi Petronas (UTP),   Universiti Multimedia (MMU) atau Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) ;
    |  
   - Sekurang-kurangnya mempunyai baki pengajian 2 tahun dan ke atas ;
    |  
   - Berumur tidak melebihi 25 tahun pada  01   Januari 2011 ;
    |  
   - Mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.75 dan ke atas   pada semester terkini atau di peringkat Diploma/Matrikulasi/Asasi/STPM ;
    |  
   - Belum mendapat penajaan biasiswa/pinjaman dari   mana-mana penaja lain ;
    |  
   - Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris   di peringkat SPM ;
    |  
   - Mendapat sekurang-kurangnya Band 3 dalam   peperiksaan MUET ;
    |  
   - Aktif dalam kegiatan kokurikulum serta aktiviti kemasyarakatan;   dan
    |  
   - Mempunyai minat dan kecenderungan untuk   berkhidmat sebagai pendidik.
    |  
  
 B) PENAJAAN BIASISWA SLTP DI LUAR NEGARA
     - Tawaran hanya sah kepada Warganegara Malaysia sahaja ;
    |  
   - Berumur tidak melebihi 22 tahun pada 01 Januari   2011 ;
    |  
   - Memperolehi Diploma dengan PNGK sekurang-kurangnya 3.5 dan ke atas  daripada Politeknik atau Institusi Pengajian Tinggi Tempatan dalam    bidang-bidang yang berkaitan dengan kursus-kursus yang ditawarkan ;
    |  
   - Belum mendapat penajaan biasiswa/pinjaman dari   mana-mana penaja lain ;
    |  
   - Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris   di peringkat SPM ;
    |  
   - Aktif dalam kegiatan kokurikulum serta aktiviti   kemasyarakatan ;
    |  
   - Mempunyai minat dan kecenderungan untuk   berkhidmat sebagai pendidik; dan
    |  
   - Lulus ujian Bahasa Inggeris dengan skor minimum   sama ada TOEFL   600 (Paper-Based), 240 (Computer-Based) atau94 (Internet-Based),    atau IELTS 6.5.  Syarat ini adalah untuk kemasukan ke semua universiti luar negara    termasuk universiti yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai  bahasa   pengantar (Ujian boleh diambil selepas calon disahkan berjaya  dalam proses   pemilihan).
    |  
  | PEMILIHAN   Hanya calon yang  memenuhi semua syarat yang ditetapkan akan disenarai pendek untuk  pemilihan dalam sesi temu duga. Keputusan muktamad pemilihan calon akan  diputuskan oleh Jawatankuasa Biasiswa, Kementerian Pengajian Tinggi  Malaysia. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.  KONTRAK PERKHIDMATAN  Pemohon  yang menerima tawaran Biasiswa ini akan dikenakan ikatan kontrak untuk  berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Politeknik atau Kolej Komuniti  untuk tempoh yang ditetapkan mengikut Perjanjian SLTP. Tuntutan  gantirugi akan dikenakan mengikut kos tertentu atau perbelanjaan sebenar  yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan sebagaimana dinyatakan dalam  Perjanjian kepada mereka yang enggan berkhidmat atau melanggar syarat  penajaan yang ditetapkan.  PERMOHONAN      - Pemohon hendaklah membuat permohonan secara dalam   talian (online)  melalui laman web rasmi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia   (https://www.mohe.gov.my/sltp/login.php)  dan menghantar satu (1) salinan cetakan permohonan beserta dengan    dokumen sokongan ke alamat berikut sebelum atau pada 11 Julai 2011:
   SETIAUSAHA BAHAGIAN  BAHAGIAN BIASISWA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI   MALAYSIA ARAS 2 NO.2 MENARA 2 JALAN P5/6, PRESINT 5 62200 PUTRAJAYA MALAYSIA  (U.P.: UNIT BIASISWA)   |      - Permohonan secara online akan dibuka   mulai 4 Jun 2011 dan tarikh tutup4   Julai 2011 (jam 12 tengah malam). permohonan adalah pada 
    |      - Permohonan yang tidak lengkap secara automatik   tidak akan dipertimbangkan.
    |      - Pegawai Pendidikan Pengajian   Tinggi dan pemohon yang mempunyai ikatan kontrak dengan mana-mana agensi   kerajaan atau swasta adalah tidak layak memohon.
    |      - Calon-calon yang tidak mendapat apa-apa   maklumbalas daripada  Bahagian Biasiswa dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh   tutup permohonan  bolehlah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
    |       p/s: Jum kengkawan TECHNO GANG AT20 kiter sume apply ni ha.. manatau ada rezeki dpt gak jd lecturer kt kolej komuniti @ politeknik dalam bahagian PROGRAMMING.. i likee....!     sumber: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia  | 
