CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Lovely Followers

Wednesday, April 27, 2011

:♥: K.E.M.A.L.A.S.A.N :♥:

Kenak i malass glk aritokk..?? malass tahap gabann.. sedangkan esk paper CAO n pembangunan sahsiah.. dasyat glk2 rasa kemalasan tokk eh... CAO baruk baca bab 1, 2, n yg blkg2.. nk penting2 lom gk baca.. sahsiahh?? baruk bab 1, dh ttdo2.. malass nar miak tokk eh.. aduuii! fokusss cepatttla datanggg padaku.... uwawawa... sempat gk nk bfb, bblog.... ajall x tdo mlm tok... huhuh... ^_^

Tuesday, April 26, 2011

:♥: M.Y.N.I.K.O.N :♥:

Assalamualaikum... arini nk post pasal 'si dia' yg d tunggu2 pada last entry tu... hehehe... akhirnyaa, syukur alhamdulillahh saye berjaya mendapatkan 'si dia'.. hehehe.. ni la dtunggu selama ni.. hehehe.. MY NIKON D5000...! lama dah mengidam nk ada kamera dslr... alhamdulillahh dapat gak ada kamera dslr sendiri.. klu dlu2 melepaskan keinginan pada kamera sahabat2 saye, Encik Asyraf aka tinta pena @ Encik Omarmuchtar... ni ada sendiri daa.. sr0n0k nyeee...! senyumm melebarr je... ni jugak akan jadi hadiah bec0ming birthday utk saye sendiri.. advance sbulan je.. hehehe... ape2pn, saye berjanji akan jaga kamera dslr saye sebaik2nyaa dan saye sayangg awakkk NIKON D5000...! sm0ga segala harapan dan impian akan tertunai dengan jayanya.. insyaALLAH...!





Saturday, April 23, 2011

:♥: I'm Waiting For U :♥:

Saya tunggu 'si dia' sampai.. InsyaALLAH pada 25 April 2011.. Sabarlah wahai hati... Jagalah 'si dia' baik2 sementara 'si dia' ada di sisi... 'Si dia' akan menemani saye insyaALLAH... Semoga ibuayah dan keluargaku menerimanya seadanya... Terima kasih Ya ALLAH atas limpahan rezekimu kepadaku... Alhamdulillah...

Friday, April 22, 2011

:♥: Wajah Baru :♥:

Assalamualaikum semuaa... korang prasan x apa yg berlaku pada blog saye??? ce teka, ce teka....! hehehe.. saye telahh 'redesign' saye punye bl0g.. dah xde da yg merah2 dgn ladybird tu.. dh beberapa bulan da ladybird tu berkhidmat bersama blog saye.. hehehe.. so, dengan perasaan yang agak tidak stabil saye telah mengubahh blog saye ni.. tadaaa...! ni la hasilnyee... yg paling bez saye ada signiture dah kat bawah ni... pastu ada chatbox, ada muslimah kat corner tu, tulisan pn dah ubah da.. hehehe.. juz nk tukar yg header tu je x tau.. yang tu tunggu bantuan sahabat saye Tinta Pena.. insyaALLAH la nant kite tunggu dan lihat k.. ape2pn saye berpuas hati dengan design blog saye skrang nih.. syukur alhamdulillah..




Thursday, April 21, 2011

:♥: Andai Lelaki Tahu :♥:

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,

lelaki itu tidak semestinya punya segalanya

tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,

itu bukan bermakna dia lemah,

tetapi dia sedang mencari kekuatan

untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah,

memang dia tidak mampu mengawal perasaannya

tapi percayalah, itulah maknanya

dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.

Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,

semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak,

dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,

tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,

itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,

tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,

bukan untuk dirinya,

tetapi untuk masa depan anda.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,

bukan bermakna dia tidak sayang..

tetapi dia terlalu sayangkan anda

dan masih menganggap anda anak kecil

yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,

anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.

Naluri keibuannya sangat kuat.

Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk,

jangan kata dia mengada-ngada.

Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit

atau hadiah sedozen,

tetapi cukup dengan perhatian

yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,

itu tidak bermaksud dia tidak menyintai

tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,

bukan hanya hadir dari kata-kata

tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,

dia benar-benar maksudkannya.

Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,

jangan percaya kata-katanya

kerana dia hanya mahu menguji kamu.

Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.

Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,

walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya

tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil,

dia bukan bermaksud untuk menjadi degil

tapi dia mahu melihat

sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai kena caranya,

jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata,

“tolong tinggalkan saya!”,

dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.

Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,

percayalah dia akan mencari anda semula.

Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.

Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.

Dia terlalu emosional.

Tapi dialah yang paling menyayangi anda

dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andai lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu

dengan perbezaan yang tersendiri.

Tetapi sekiranya mereka saling memahami,

mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.

Di sebalik air matanya,

tersimpan seribu satu kekuatan

yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah

tapi dia punya kekuatan tersendiri

yang bisa menggoncang dunia

dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda

kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja

tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda

dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu

yang terbaik untuk anak2 anda.



Tuesday, April 19, 2011

:♥: Pengorbanan seorang guru yang kite x tau :♥:

SEORANG GURU BIASA

1. Menulis rancangan mengajar

2. Menanda kedatangan murid/pelajar

3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.

4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat

5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu

6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran

7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum

7. Menghantar murid ke Klinik

8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi

9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri

10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan

11. Mengisi data murid SMM

12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar

13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin

14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga

15. Mengecat sekolah

16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas

17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)

18. Menyiapkan program Head Counting

19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)

20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya

21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan

22. Mengendali masalah / kebajikan murid

23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.

24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya

25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)

27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah

28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)

29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian

30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas

31. Perkembangan staf

32. Mengendalikan perhimpunan murid

33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan

* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita.

SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA…..

:♥: Kehidupan yg anda akan lalui bila mula menjejakkan kaki di Universiti atau Kolej :♥:

1. Tidur pukul 2.30 am adalah yg paling awal.

2. Mandi menjadi kurang penting.

3. Tidur menjadi benda yg penting. (selama mana pun anda tidur anda tetap akan mengantuk)

4. Kitar semula dah sebati dlm p'gunaan pakaian ("Oh, jeans aku msih boleh bertahan hingga tahun depan..kotor sikit je").

5. Makan dua kali sehari adalah standard. Ada yg sekali je.

6. 10 minit lebih dari cukup masa untuk bersiap-siap untuk kelas pertama anda.

7. Jika ruangan kuliah cukup besar, peluang untuk pinjam nota orang lain.

8. untuk sesetengah, tidakkah anda suka bila buku yg ditulis oleh pensyarah anda sendiri selalu diperlukan untuk kelas nya?

9. Paper yg 10 muka surat dulu kira mustahil, sekarang dah jadi kemestian.

10. Anda takkan perasan yg ramai org lebih bijak / kurang bijak dari anda.

11. Makanan ringan spt maggi jadi makanan kegemaran.

12. Belajar mencintai roomate anda, terutama bila dia meninggalkan bilik anda.

13. Untuk kelas. Lagi lambat lagi bagus. Menguap dalam kelas dah jadi kebiasaan :)

14. Anda takkan dpt bygkan sejauh mana sunyi nya rumah anda. (meriah yg amat sgt)

15. Majalah/ komic merupakan bahan bacaan dalam falsafah anda.

16. Tidakkah anda akan rasa hebat bila boleh berjaga lewat malam tanpa buat apa2, tp dapat melelapkan mata semasa dikelas plg minimum 5 saat.

17. Kawasan melepak jadi tempat berharga.

18. Anda tidak akan terlepas dgn "toyol".

19. Study last minute akan menjadi kebiasaan.

20. Yg terakhir, hidup anda tidak akan sama spt dulu :)

by. PSLM

JUST FOR FUN :)

Saturday, April 16, 2011

:♥: My Laksa Sarawak :♥:

Assalamualaikum wbt semuaa.. harini 16.4.2011 merupakan hari pertama kami budak2 UPSI menghadapi peperiksaan akhir.. paper kami arini ialah Structured Programming.. Alhamdulillah, boleh la menjawab nye dengan 90% keyakinan.. tp x sure la betul ke x jwpn.. hehehe.. balik dari exam, saye n hauzmate g ke pasar malam tg Malim.. kami bli bahan2 utk wat laksa sarawak.. lame dh x mkn laksa sarawak... uwawawawa... trase nk mkn sgt2.. jd kami pandai2 la memasakk wpn actually x terer sgt pn masak laksa sarawak ni.. biasanyee ibu yg masak.. hehehee... akhirnyaa kami berjaya masakk.. 1st round laksa tu berjaya dihabiskan oleh kami serumah + kak shu... nden wat lagi 2nd round lagi sebab ajak kwn2 lain dtg rmh mkn.. hehehe.. alhamdulillah, berjaya gak laksa sarawak kami.. skrg ni kwn2 sedang menjamu selera laksa sarawak kami.. rase cam raya la pulak.. hehehe.. ni haa ada gmbar sebenar laksa sarawak yg kami masak.. bkn gmbr yg d ambik dr go0gle tau.. gmbar betul.. hehehe... jgn sampai leleh2 air liur tgk k.. heheheh.. .. TAAADAA! :)

hasil air tgn farhana shahirah & aheen farahin



Friday, April 15, 2011

:♥: 20 perkara yg mbuatkan wanita benci lelaki :♥:

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA 'CUCI MATA'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka... Macammana tu?

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji...

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...

13. PANAS BARAN
Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

p/s : kredit kepada "Tentang Cinta".

:♥: Selamat Menduduki Final Exam :♥:

Assalamualaikum.. sedar x sedar dh abih da kite menempuh semester 2... mmg x sedar masa berlalukan.. masih lagi terasa minggu pertama MSK.. mase tu mmg mcm2 dlm fikiran.. nk balik la, rindu ibuayah la, bile nk abis studi laa, mcm2 laa.. ni dh selesai da pengajian tahun pertama untuk ISMP d UPSI.. mmg x terasa sgt.. so, dikesempatan ini saye NURFARHANA SHAHIRAH BINTI MOHAMAD PANDI dengan rendah diri memohon kemaafan kepada ibuayah, keluarga, pensyarah, guru2 dan sahabat2 saye.. Semoga kite mendapat keredhaan dan keberkatan ALLAH SWT.. Semoga kite mendapat keputusan yang semakin cemerlang dan akan dapat membanggakan ibuayah serta mereka2 yang menyayangi kite.. betulkan nawaitu kite, menimba ilmu kerana ALLAH SWT.. insyaALLAH kite akan menperoleh kejayaan.. berusaha + bertawakal = kejayaan.. go0d luck untuk semua kwn2 terutama kepada Techno Gang AT20 yang sentiasa bersama saye selama berada di UPSI.. Sayang korang semua....! Semoga Berjaya...


Doa memohon kejayaan Cemerlang



Semoga Berjaya Menjawab Peperiksaan dengan cemerlang...



p/s : Saye ada paper on 16.4, 22.4, 28.4 & 30.4.. n i'll fly back t0 my h0met0wn on 1.5..! x sabo daa..!

Thursday, April 14, 2011

:♥: Migrain :♥:

Assalamualaikum.. Kebelakangan ini saya selalu je sakit kepala yang berdenyut2 terutama d bahagian belakang kepala.. sampaikan masa tidur pn terkena.. mmg sakit sgt2.. mayb tanda2 migrain kot.. huhuhu.. ya ALLAH, tabahkanlah hambaMu in utk mghadapi dugaan2 dariMu.. ni ada sikit maklumat sal migrain..

Migraine berasal daripada perkataan Greek 'hemikrania' yang bermaksud sebelah tengkorak atau dikenali juga sebagai vascular headache. Migraine diklasifikasikan kepada dua jenis : Classic Migrainedan Common Migraine.

Classic Migraine

Menurut kajian, hampir 10 hingga 15% pesakit mengalami Classic Migrain. 10 hingga 30 minit sebelum berlaku, tanda-tanda awal yang juga dikenali sebagaiaura ataupun prodrome akan berlaku dalam masa 5 hingga 15 minit. Antara tanda-tanda yang sering berlaku ialah terlihat cahaya terang(bright spots), garisan zigzag (zigzag lines), penglihatan berganda (double vision), buta sementara (temporary blindness), kebas (numbness), kepala terasa berpusing (dizziness), pening (drowsiness), sukar bercakap (slurred speech) dan keliru (confusion). Setelah tanda-tanda ini hilang, barulah migraine menyerang.

Aura terjadi kerana tisu saluran darah yang menghantar darah ke otak mengecil seketika menyebabkan penghantaran darah terhad. Sekaligus menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor. Pengaliran darah akan bertambah hanya selepas beberapa jam aura terjadi dan sakit kepala bermula.

Common Migraine

Common Migraine lebih kerap berlaku dan ia terus berlaku tanpa tanda-tanda awal.

Migraine berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia sering dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Punca utama berlakunya migraine ialah:

1) Pemakanan

Pengambilan makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG), cheese,nitrate, coklat, kekacang, alcohol, dan aspartame boleh menyebabkan kamu diserang migraine kerana ada diantara makanan itu mengandungi tyramine atauphenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan salur darah. Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah, tidak makan atau lambat makan mengikut jadual, serta kerap minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, Nescafe, coke atau pepsi juga boleh menyebabkan migraine kerana bahan ini juga boleh menyebabkan saluran darah mengembang.

2) Hormone

Bagi perempuan, turun naik hormone estrogen sebelum, semasa, dan selepas haid akan menyebabkan sering diserang sakit kepala.

3) Cara hidup

Berlakunya pertukaran waktu jaga dan waktu tidur, terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migraine. Bagi pelajar yang gemar belajar last minit dan mengabaikan makan dan tidur, akan menyebabkan mudah diserang migraine. Pengambilan ubat-ubatan, keturunan, perubahan cuaca, bunyi bising, menonton tv atau memandang skrin computer terlalu lama, stress, tekanan emosi dan merokok juga merupakan punca-punca diserang migraine.

Cara mengurangkan kesakitan migraine :

Mengawal pemakanan harian, kurangkan stress dengan bersenam, amalkan cara hidup teratur, berbaring di tempat gelap dan sunyi sewaktu tanda-tanda awal migraine. Mulakan mandian dari bawah keatas (kaki, badan, kepala), dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migraine.

Jangan biarkan sakit kepala berlarutan kerana mungkin akan menyebabkan migraine. Kalau kita mencapai tahap kritikal migraine, boleh menyebabkan muntah, pening, cirit-birit serta sensitive kepada bunyi dan cahaya.

Sumber rujukan buku Perubatan Moden.

Sunday, April 10, 2011

:♥: K.U.C.H.I.N.G :♥:

I'm waiting f0r 1st May 2011... My flight t0 my h0met0wn, KUCHING Sarawak... Dalam kepala ni dah macam2 je plan nk d buat sebaik saje sampai kat sanaa.. ni haa list2nyee.. heheheh...

1. I'm arrive at Kuching International Airport ar0und 1.30 pm..... soooo.. saye nk pergi ke rumah Sayangku Wildan dlu.... nk jengukk n jumpe baby si kechik si kiuttt Rifqie... x sabooo....!
2. Saye nk g b0yan, nk makan mee k0l0k.... ataupun nk g SCR, nk makan nasi ayam SCR.. ataupun nk g TJ, nk makan butter chicken rice.. uwawawa... leleh2 da air liur ni...
3. Sayea nk peluk ciumm sayang2 di rumah iaitu Enchek Chiro, Enchek Kechik, Enchik Gem0ks, dan Enchik Khurusss... rindu samaa kamo0 semuaa.. mesti dah besar2 kn.. so, tanggungjawab menjaga awak2 semua pastinya akan diserahkan pada saye utk 4 bulan ni kn3??? jgn n0ti2 k sayangg....
4. Saye nk masukk bilikk pinkkyyy sayee.. x saboo nk baring2, l0mpat2 atas katil queen yg berspring2 tu... rindduuuu...! pastu akan saye 0n ac0n bilikk tu yang x terON2 selama saye d bumi Perak ni... mest xde sape2 yang endahkan bilikk pinnnkkyyy saye tu kn3..?? sbb msg2 bz.. cadar mest dh lame x tukar2... ciaannnn....
5. Saye nk drive Mr Viv0tt saye, Mr vi0s ibu n Mr Kia ayahh... oppsss lupe... lesenn memandu dah expired.. hahhahaa... nk g jmpe my lalinkkk MR A n my lalinnkk Syafiqahh.. miss u a l0t my dear... MR A?? tettttt.... rindu sama kam0o... kamo0 rindukan saye x? hahahha
6. Saye x sabaa nk relex2 dpn tv same2 my bel0ved famili... n x sabaa nk gaduh2 berebut s0fa dpn tv tu dgn my sista... hahaahhaa....
7. Lastlyyyy saye x sabaaaa nkk beraduu di katil sayee n x sabaaa bila bangunn tid0rr tgk2 dlm bilikk pinnkkyy saye.... bahagiaaanyeeeeeeeeeeeeeeeee!! uwawawawa...

p/s : sab0 je la cik Farhana Shahirah.. hari tu akan tiba jua... bersab0... readi je tuk final awak tu... ni x, asyikk berangaaann jeee... hek3... nden satu lagi.. dh k0mpiuss daa sapee sbnrnyaa MR A awak tu sapeee??? dgr2 mcm2 Mr daa.. Mr F laa.. Mr 0 la... ape2 je awak ni.. dh3... gudluckk k...! daaa~






Tuesday, April 5, 2011

:♥: Farhana Shahirah :♥:

Farhana Shahirah??
Siapakah dia??
Yang pastinyaa, itu adalah aku @ saya @ kmk...
Now, Farhana Shahirah keliru, risau dan terkelu...
Kerana, dia sendiri tak tau apa masalah diaaa....
Yang pasti si dia tengah serabut dan bfikiran macam ribut....
Dia x suka dipaksa, dipaksa dan dipaksa..
Kerana dia seorang yang keras kepalaa....
Sentiasa mengikut kata hatinya...
Itulah kepuasan baginyaaa.....
Farhana Shahirah tengah merindukan ibuayah n kakak2nyaaa yang jauh nun merentasi Laut China Selatan...
Rindu~Rindu~Rindu

p/s: i g0t migrain again and again.... huhuhuhu.. fikiran runsing.. bila la masalah nk selesai.... adakah kmk lari dari masalah?? ohh tidakkkk! hanya diriku yang memahami diriku... huhuhu

Friday, April 1, 2011

:♥: Saya NEKAD :♥:

Setelah fikir semasak2nya dan terbang entah kemana dengan air mata semalaman, kmk nekad untuk tarik diri untuk Jawatan JMK 2011/2011.. banyak sebabnya yg membelenggu dalam palak t0k... Rasa nyesal la pulak isik b0rang ariya.. tp time interbiew dh terus terang ngan pengetua dengan harapan x kenak pilih.. gikpn banyakk gk org lain yg lebih berkelayakan.. mun ktk org m0k tauk sbb2 nyaa ialahhh... :

1. Kmk perlu glk3 balit Kuching.. tiket flight dh bli da.. gk pn dh burn 1 tiket sbb terbeli awal.. x kan la m0k burn gk sgek.. ingat ch0p duit kaa?? aduisshhh..
2. Kmk rindu tahap gabannnnn n perlukan masa untuk famili... rindu glk2 ngan ibu ayah, akak2 ku tersayang.. rindu m0k bersama cdak, rindu m0k kaie, rindu m0k mkn sama2, rindu m0k kenak marah, rindu m0k jln sama2... so, sementara maseh ada kesempatan t0k luangkan masa dgn sidak.. masa cuti jak dpt balit.. gk pn kmk makin dewasa, makin jauh dari ibu ayah.... .. kmk anak b0ngsu bha, xpat nk paksa dirik utk SIK balit cuti t0k... t0k pn dah 4 bulaan x balit dh kedak org gilaa.....
3. Sbb faktor kesihatan ayah... yg ya hanya kmk n famili jak tauk.. i try my best t0 pujuk ayah masa cuti t0k.. ney tauk terbukak atinya m0k dgr kata mek... kmk syg ayah glk3...! For me now, my famili c0me 1st..!
4. Sik readi dgn jawatan yang terlalu besar yaa... i need my time.. mmg la pengalaman ya penting, tp ntah laa.. rasa x mampu la... i know myself.. if i can, i will say i can.... tp, mun dh i rasa i xdpt, mmg xpat i paksa dirik.. sbb dh da 2 kejadian sbb paksa dirik.. last2 dirikpun n famili wak yg rugi...
5. Kmk nk balitt KUCHING on 1 May 2011 n balit UPSI on 11 Sept 2011... N0b0dy can change my decision........! My flight oredy bo0ked! bkn murah weii...

p/s : Saya Nurfarhana Shahirah Binti Mohamad Pandi dengan nekadnya mengundur diri dari jawatan JMK 2011/2012 atas sebab2 tertentu... Saya bukan berniat untuk memberi masalah kepada sesiapa, tapi setelah fikir semasak2nya, ni la keputusan saya.. Saya memohon maaf kepada pihak2 tertentu atas kesulitan ini.. Sebenarnya, masa ni saya x dpt lagi keputusan dari pihak pentadbir KAB.. apa2pn saya tak akan tukar keputusan saya... saya perlukan famili saya.. saya akan menerima apa2 keputusan dari pihak pentadbir kolej n saya redha... yg pasti saya perlu balik cuti ni... MUKTAMAD! andainya rezeki untuk stay d kolej masih milik saya, saya akan tetap menyokong n membantu aktiviti unit PDI.. cuma, saya x dapat nk stay di sini utk kursus2 masa cuti sem ni.. harap maklum...